RUMUSAN
1. Panduan Menulis Pendahuluan Rumusan
Anda perlu membaca dan
merujuk arahan sebelum menulis pendahuluan. Selepas memahami kehendak arahan,
anda boleh menukarkan kata kunci pertama kepada perkataan yang sinonim
dengannya. Mulakan kata-kata pendahuluan dengan:
·
Petikan membincangkan..........
·
Petikan menjelaskan................
·
Petikan menyatakan................
Kemudian, anda dikehendaki menukarkan kata kunci pertama dengan perkataan yang sinonim
dengannya. Contohnya:
Arahan:
Tulis satu rumusan
tentang langkah-langkah mengatasi masalah penyakit berjangkit
dan kekangan dalam mengatasi masalah tersebut.
Contoh menulis
pendahuluan:
Petikan membincangkan
cara-cara (petikan menyatakan langkah-langkah) mengatasi masalah penyakit
berjangkit yang semakin berleluasa sekarang.
Kata Kunci
|
Perkataan
Sinonim
|
Punca-punca
|
Sebab-sebab, faktor-faktor
|
Kesan-kesan
|
Akibat, implikasi, impak, natijah
|
Langkah-langkah
|
Cara, kaedah, usaha, strategi,
tindakan, antidot
|
Kebaikan
|
Faedah, manfaat, keistimewaan,
kepentingan, keuntungan, kelebihan,
|
Keburukan
|
Kelemahan, kekurangan,
kepincangan, kerugian, masalah, kesan negatif
|
Peranan
|
Fungsi, tanggungjawab, tugas,
tindakan
|
Sumbangan
|
Jasa, bakti
|
Kekangan
|
Halangan, masalah, kesulitan,
rintangan, cabaran
|
Ciri-ciri
|
Kriteria
|
Fenomena
|
Keadaan, situasi
|
2. Panduan Mencari dan
Menulis Isi Tersurat
Anda perlu membaca dan
merujuk petikan yang diberi. Pastikan anda mencari isi tersurat berdasarkan
kata kunci pertama yang terdapat dalam arahan. Sekiranya arahan meminta anda
menulis rumusan tentang cara-cara mengatasi masalah penyakit berjangkit, anda
perlu mencari enam cara yang terdapat dalam petikan tersebut.
Secara umumnya, terdapat
dua kaedah mengenal pasti isi tersurat yang terkandung dalam petikan, iaitu:
·
penggunaan kata yang sinonim dengan kata kunci
·
penggunaan penanda wacana tertentu. Contohnya, Selain itu,
Malahan, Oleh itu, dan sebagainya
Anda perlu mengenal pasti sekurang-kurangnya enam isi tersurat.
3. Panduan Menulis Isi Tersirat
Anda mestilah merujuk
arahan sebelum menulis isi tersirat. Kata kunci kedua yang terdapat dalam
arahan merupakan arahan menulis isi tersirat. Contoh:
Arahan:
Tulis satu rumusan
tentang langkah-langkah mengatasi masalah penyakit berjangkit dan kekangan dalam mengatasi masalah tersebut.
Panduan:
Anda dikehendaki
memikirkan kekangan atau halangan yang menyebabkan langkah-langkah mengatasi
penyakit berjangkit tidak berkesan. Anda lebih mudah memikirkan idea sekiranya
merujuk isi tersurat yang
telah ditemui. Anda perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya dua isi tersirat.
4. Panduan Menulis Penutup
Calon dinasihati supaya
merujuk arahan sebelum menulis penutup. Hal ini demikian kerana kata kunci
pertama yang terdapat dalam arahan boleh dijadikan panduan menulis penutup.
Mulakan kata-kata
penutup dengan:
·
Kesimpulannya......
·
Ringkasnya............
·
Konklusinya..........
Sekiranya arahan kata kunci pertama menyatakan langkah-langkah,
sebaik-baiknya anda hendaklah menulis:
·
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam......
·
Ringkasnya, masyarakat perlu bekerjasama dalam......
·
Konklusinya, setiap anggota masyarakat perlu prihatin
dalam......
Diikuti dengan kata hubung, iaitu supaya atau demi atau agar
(sebagai penghubung kepada ayat seterusnya) dan penyataan positif.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN
Petikan
membincangkan
.....................................................................................................................
.............................................................................................................................................................................................
Antara.................................................................................................. ……………………………………………………………….. Selain itu ……………………………………………. ……………………………………………………………………..Seterusnya,……………………………………………. ……………………..Di samping itu, ……………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………… juga ………………………………….. ……………………………………………………………………………..Akhir sekali, ………………………………….... ……………………………………………………………………
Faedah-faedah / Antara cara …………………………………….. ialah ……………………………………. Selain itu …………………………………………………………………………………………………
Kesimpulannya,……..cadangan terhadap isu yang dikemukakan ……………. supaya……………… Harapan terhadap pihak yang terlibat ………………………………………………
.............................................................................................................................................................................................
Antara.................................................................................................. ……………………………………………………………….. Selain itu ……………………………………………. ……………………………………………………………………..Seterusnya,……………………………………………. ……………………..Di samping itu, ……………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………… juga ………………………………….. ……………………………………………………………………………..Akhir sekali, ………………………………….... ……………………………………………………………………
Faedah-faedah / Antara cara …………………………………….. ialah ……………………………………. Selain itu …………………………………………………………………………………………………
Kesimpulannya,……..cadangan terhadap isu yang dikemukakan ……………. supaya……………… Harapan terhadap pihak yang terlibat ………………………………………………
RUMUSAN
1. Baca petikan di bawah dengan teliti
dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesannya.Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan
negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak
profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan
sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada
mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti.
Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan
kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai
perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi
untuk membantu meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak
faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf
dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan
kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati
sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk
melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap
sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita
hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya
moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila
menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang
keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga
dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri.
Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk
meningkatkan prestasi dan kemahiran. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan
menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran
sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja
dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara
menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan
atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan
sukan sebagai suatu budaya kehidupan.
CONTOH CARA MENJAWAB
RUMUSAN YANG LENGKAP
Petikan membincangkan
punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan negara.
Antara puncanya ialah sikap
profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain
itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka
harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran
persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan
tidak mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan
mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada menyertai
sukan.[S6]
Antara kesannya ialah mutu sukan
semakin merosot di peringkat negara dan antarabangsa.[T1] Selain
itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di
luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2]
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah
bekerjasama menanganinya supaya mutu sukan akan terus meningkat maju.
[121 Patah
Perkataan]
LATIHAN 2
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
menangani masalah buli dan kesan-kesan yang dialami oleh
mangsa buli apabila masalah ini berlarutan. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan berlakunya kepincangan
dalam sistem pendidikan di sekolah pada masa ini sekiranya masalah tersebut
tidak diatasi dengan segera. Perbuatan membuli bertujuan supaya individu lain
mematuhi dan menghormati mereka. Pembuli lebih suka teman-teman persekitaran
mengikut kehendak mereka bagai
lembu dicucuk hidung. Sehubungan dengan itu,Kementerian Pelajaran juga
digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah bagi mengawal gejala buli dalam
kalangan pelajar. Kawalan tersebut perlu ditekankan kepada pelajar lelaki
terutama semasa mereka berada di Tahun Enam. Selain itu, pihak sekolah juga harus
melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.
Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung
dan secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah dibuli, diugut,
disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal.
Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali sebagai buli psikologi, iaitu
melibatkan kata-kata seperti memanggil atau mengejek-ejek individu dengan nama
tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain atau menyebarkan gosip liar terhadap
seseorang. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar menjadi pembuli,
iaitu pengaruh rakan sebaya dan saiz tubuh yang besar dan tegap. Selain itu,
dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak
selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada
perkara yang tidak diingini.
Kejadian
buli tidak harus dipandang ringan. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah
buli di sekolah ini menjadi penting. Ibu
bapa perlu berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka bertukar sikap,
menjadi pendiam, atau kurang selera makan. Hal ini demikian kerana tidak semua
pelajar yang menjadi mangsa mahu melaporkan masalahnya kepada pihak sekolah. Sekolah perlu menggalakkan
murid yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru,
terutamanya guru disiplin dan guru kaunselor. Pada masa ini, kebanyakan sekolah
tidak mempunyai dasar menggalakkan murid-murid melaporkan kejadian buli. Oleh
itu,sekolah juga disarankan supaya mewujudkan satu bentuk perjanjian dengan
murid yang membolehkan pihak sekolah mengenakan tindakan terhadap murid yang
terlibat dengan tingkah laku buli.
Bagaimanapun, ada kemungkinan mangsa berasa takut membuat laporan kepada guru
kerana bimbang akan dikenakan tindakan lebih keras daripada pembuli. Sehubungan
dnegan itu, pihak sekolah
boleh menyediakan “Kotak Aduan" bagi membolehkan kes buli dilaporkan
secara rahsia oleh mangsa buli. Penekanan
kepada program antibuli juga perlu diterapkan di dalam kelas yang merupakan tempat yang paling
banyak berlakunya kes buli. Program individu perlu diwujudkan dengan carakaunselor
memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan kaunseling secara berasingan atau memanggil
ibu bapa pelajar terbabit. Pada masa ini, terdapat satu laman web yang
boleh dilayari oleh pelajar dan guru bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi
pengalaman tentang buli, iaitu www.bullying.org. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan
petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan petugas khas dalam
kalangan murid untuk memberi laporan tentang kejadian buli di dalam kelas atau
di kawasan sekolah.
(Dipetik dan
diubahsuai daripada rencana Haji Samat b.Buang, Majalah Dewan Siswa, 2005)
Berdasarkan petikan di
atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
(i) Berikan maksud
rangkai kata bagai lembu
dicucuk hidung. [2 markah]
(ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar
menjadi pembuli? [3 markah]
(iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang
sahabat sekiranya rakan baik anda seorang pembuli. [4 markah]
LATIHAN
3
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kemaslahatan menjaga alam sekitar dan
usaha-usaha melestarikan keindahan alam sekitar di negara ini. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Alam
sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
bidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi
ini. Tuhan telah mendpta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia.Bumi yang
luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-ganang sebagai pasak bumi dan
tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada hidupan. Begitu juga dengan
pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang bersih membolehkan
kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat 'yang sangat
bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang bersih dan udara yang segar
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen
ke udara dan membolehkan badan kita mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya.
Udara yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan hidup.
Alam
sekitar yang menghijau membuatkan kita berasa selesa. Cuaca panas dan
kering
yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani
kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar
dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan.
Aktiviti riadah yang dilakukan dalam suasana persekitaran yang bersih akan
meningkatkan
tahap kesihatan kita. Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah
dirancang
dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bertujuan
mengurangkan
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Alam sekitar yang bersih
juga dapat mengelakkan pembiakan serangga pembawa penyakit. Persekitaran yang
bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan
penyakit kepada manusia seperti malaria, demam denggi dan hawar. Selain itu,
persekitaran yang bersih juga mengelakkan bau yang boleh
mengganggu
keselesaan hidup. Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam
kebidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh manusia seingga manusia dapat
bertahan hidup dalam beberapa hari sahaja tanpa makanan.Tubuh kita yang mengandungi
lebih kurang 70 peratus air. Oleh itu, alam sekitar yang menghijau
menyebabkan
kita mendapat sumber air yang bersih. Sekiranya kehilangan air, hal ini
akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia
malah
kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Air yang suci dan
bersih
merupakan penjana kepada hidupan di muka bumi.
Selain
itu, alam sekitar yang dijaga oleh semua Iapisan masyarakat dapat mengelakkan
kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan merupakan satu
daripada sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang berlaku
akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan
manusia akan berkurangan. Sebagai contoh, hidupan laut seperti udang
dan
ikan mempakan sumber makanan yang mengandungi protein yang penting untuk
kesihatan.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara.
Masyarakat yang mementingkan kebersihan dan nilai kedamaian akan dapat
menarik
perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke negara kita akan
meningkatkan
nilai tukaran wang asing, seterusnya akan dapat memajukan
perkembangan
ekonomi negara..Kedatangan mereka juga akan menyebabkan masyarakat desa yang
ada hubung kait dengan industri pelancongan dapat dimajukan.
Seterusnya,
kedatangan pelancong asing juga mengurangkan kadar pengangguran apabiia Iebih
ramai belia melibatkan diri dalam industri yang berkaitan dengan pelancongan.
I
(Dipetik
dan diubah suai daripada Alam Sekitar dan Anda oleh z8imie Zainuddin,
Dewan
Siswa, Julai 2012)
Soalan
2(8) Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab.soalan-soalan berikut dengan·menggunakan ayat
anda
sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata mengelakkan kepupusan. [2markah]
(ii)Jelaskan
manfaat-manfaat yang diperoleh daripada kedatangan pelancong
ke negara ini.[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi untuk
menjayakan pembangunan mesra alam di
negara ini? Berikan alasan anda.
[4 markah]
Soalan
4:
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pendermaan organ di negara kita
dan halangan untuk menderma organ. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Penderitaan
adik Teh Hui Yee, 14 tahun yang bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal
sejak setahun lalu sedikit sebanyak mula menyedarkan masyarakat tentang
perlunya penderma organ. Penderitaannya mendorong sebuah keluarga yang baru
kematian anak akibat kemalangan jalan raya, secara ikhlas mendermakan jantung
anak mereka kepada adik Teh Hui Yee. Sumbangan ini suatu ikhtiar perubatan
moden yang dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggung pesakit. Menurut
laporan Kementerian Kesihatan, sejak 1997 seramai 108,501 orang telah mendaftar
untuk menderma organ, bagaimanapun hanya 180 kes pendermaan organ dapat
disempurnakan selepas kematian penderma. Dengan adanya pemindahan organ ini,
para doktor dapat menyelesaikan masalah perubatan pesakit.
Pemindahan organ bermakna memindahkan
sebahagian ataupun seluruh organ daripada tubuh seseorang kepada individu lain
yang memerlukannya. Organ biasanya diambil daripada penderma yang telah
meninggal dunia. Prosedurnya ialah organ penerima yang gagal berfungsi
digantikan dengan organ penderma. Hasilnya membolehkan sistem badan pesakit
dapat berfungsi secara normal. Namun begitu, bukan perkara mudah untuk
mendapatkan penderma organ walaupun pendermaan organ merupakan satu kaedah
perubatan paling berkesan untuk membantu pesakit kerana tidak semua orang
sanggup melakukannya. Bagi melaksanakan amalan mulia ini sebagai amal jariah,
pakar perubatan perlu mendapatkan kebenaran ahli keluarga atau waris terdekat penderma
terlebih dahulu.Selain itu, organ yang dipindahkan tidak boleh dijadikan barang
dagangan untuk urusan jual beli. Pembedahan yang berjaya akan memberikan
harapan baru kepada pesakit untuk terus hidup.
Namun
begitu, terdapat juga pembedahan yang gagal. Hal ini berpunca daripada
penolakan organ penderma oleh sistem imun tubuh penerima organ. Kesan sampingan
ubat bagi menghalang proses penolakan organ juga merupakan masalah bagi proses
pemindahan organ. Oleh sebab itu, pemilihan penderma dan pesakit yang tepat
seharusnya diutamakan agar kegagalan pemindahan organ dapat dielakkan. Dengan
adanya sumbangan organ daripada orang ramai, kewujudan bank organ dapat
direalisasikan di negara ini. Pesakit pula tidak perlu menunggu begitu lama
untuk menjalani pembedahan. Pemindahan organ dapat mengurangkan risiko kematian
awal yang selama ini menghantui pesakit. Keluarga penderma tidak perlu gusar
kerana pemebedahan pemindahan organ itu disempurnakan dengan penuh rasa hormat
dan tanggungjawab. Masyarakat pula perlu sedar jika tiada penderma maka ramai
pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ akan berhadapan dengan risiko
kematian. Pendermaan organ akan membawa kepada pembedahan pemindahan organ.
Pembedahan yang berjaya akan dapat mengiktiraf kualiti dan kecekapan pakar
perubatan tempatan. Sesungguhnya, kesanggupan kita menderma organ membuktikan
betapa tingginya nilai kemanusiaan yang ada pada diri kita.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pendermaan
Organ oleh Siti Balkis Sudin, Dewan Masyarakat, Disember 2007)
Soalan 2:
Pemahaman [ 35 markah] Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata mengiktiraf kualiti. [ 2 markah]
(ii)
Nyatakan
tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah organ semasa melakukan
pembedahan. [3 markah]
(iii)
Pada
pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk menyedarkan
rakyat agar menderma organ. [ 4 markah]
LATIHAN 1
Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta kalakian, datanglah kepada cetera Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran duduk semayam dihadap oleh segala bidadari dan dayang-dayang. Maka tuan puteri pun bersenda-senda dan bergurau-gurau dengan segala bidadari itu.
Maka berdatang sembah bidadari, “ Ya tuanku tuan puteri, pada hari ini patik lihat muka tuan puteri pucat tiada berseri-seri. Apakah gerangan sebabnya itu patik lihat seperti bunga delima kena panas?”
Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun tersenyum mendengar sembah bidadari itu. Maka ujar, Tuan Puteri, “Kita telah bermain-main semalam tadi dengan biti-biti itu. Maka kita tidur lalu bermimpi hampir dinihari juga rasanya. Maka datang seekor naga maka dipagutnya pinggangku, tiada lekat pada tubuhku rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah-indah sekali. Seketika kita berselimut bau bunga rasanya, dan bau bunga itu pun datang sekarang pada hidungnya kita rasanya. Kita cium baunya itu tiada berkeputusan adanya. Hatta maka naga itu pun melancar ke atas kemuncak mahligai ini. Maka ditelannya gemala yang di atas kemuncak mahligai ini. Sebab itulah mukaku pucat ini.”
Segala bidadari itu pun berdatang semabah seraya tertawa, “Segera rupanya tuan puteri ini akan kahwin dengan paduka kekanda itu Raja Dewa Lela Mengerna itu.”
(Dipetik daripada prosa tradisional Dua Batu Geliga dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata tiada berkeputusan adanya.[ 2 markah ]
(ii) Mengapakah muka tuan puteri kelihatan pucat tidak berseri-seri seperti dalam petikan? Berikan 3 alasan anda. [ 3 markah ]
(iii) Apakah tindakan yang akan anda lakukan sekiranya anda mengalami mimpi seperti yang dialami oleh tuan puteri? [ 3 markah ]
LATIHAN 2
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta kalakian, datanglah kepada cetera Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran duduk semayam dihadap oleh segala bidadari dan dayang-dayang. Maka tuan puteri pun bersenda-senda dan bergurau-gurau dengan segala bidadari itu.
Maka berdatang sembah bidadari, “ Ya tuanku tuan puteri, pada hari ini patik lihat muka tuan puteri pucat tiada berseri-seri. Apakah gerangan sebabnya itu patik lihat seperti bunga delima kena panas?”
Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun tersenyum mendengar sembah bidadari itu. Maka ujar, Tuan Puteri, “Kita telah bermain-main semalam tadi dengan biti-biti itu. Maka kita tidur lalu bermimpi hampir dinihari juga rasanya. Maka datang seekor naga maka dipagutnya pinggangku, tiada lekat pada tubuhku rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah-indah sekali. Seketika kita berselimut bau bunga rasanya, dan bau bunga itu pun datang sekarang pada hidungnya kita rasanya. Kita cium baunya itu tiada berkeputusan adanya. Hatta maka naga itu pun melancar ke atas kemuncak mahligai ini. Maka ditelannya gemala yang di atas kemuncak mahligai ini. Sebab itulah mukaku pucat ini.”
Segala bidadari itu pun berdatang semabah seraya tertawa, “Segera rupanya tuan puteri ini akan kahwin dengan paduka kekanda itu Raja Dewa Lela Mengerna itu.”
(Dipetik daripada prosa tradisional Dua Batu Geliga dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata tiada berkeputusan adanya.[ 2 markah ]
(ii) Mengapakah muka tuan puteri kelihatan pucat tidak berseri-seri seperti dalam petikan? Berikan 3 alasan anda. [ 3 markah ]
(iii) Apakah tindakan yang akan anda lakukan sekiranya anda mengalami mimpi seperti yang dialami oleh tuan puteri? [ 3 markah ]
LATIHAN 2
Soalan 2(c) – Petikan Prosa
Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada
Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan Agung. Maka
bercakaplah sekaliannya orang Bugis serta mengaruk lalu turun ke perahu
bersimpan, berkemas, membaiki perahu. Serta sampai tujuh hari, mudiklah di
Batangan Pawan Sungai Matan. Serta sampai ke pangkalan negeri Matan, lalu
naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima bersaudara, serta dengan Inderaguru
Tujarapok dan berserta panglima-panglima sekalian, dan serta juak sekalian naik
ke darat. Lalu tahulah Panembahan Agung. Lalu disuruhkan menantunya bernama
Daeng Mataku dan satu lagi menantunya Tuan Haji Hafiz, orang Bugis itu, jadi
ilmunya. Ditaruhnya bokor di hadapannya, atau pasu; dan jikalau dibedil
orang-orang, semua peluru yang dekat dia berkumpul di dalam pasu itu di
hadapannya. Demikianlah jadi ilmunya Tuan Haji Hafiz. Dan keluarlah dia dari
dalam kota serta dengan Daeng Mataku dan serta dengan juakjuaknya sekalian dan
berserta dengan orang Matan, bersama-sama keluar berjumpa dengan Opu Daeng yang
berlima bersaudara itu. Dan belum berbunyi senjata sebelah-menyebelah, lalu
bertemulah Tuan Haji Hafiz dan Daeng Mataku kepada Opu Daeng yang berlima
bersaudara itu lalu berjabat salam serta bertanya khabar. (Dipetik daripada
“Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa
dan Pustaka)
(i)
Berikan
maksud bercakaplah sekaliannya. [2 markah]
(ii)
Nyatakan
bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ilmu Tuan Haji Hafiz menjadi.
[3 markah]
(iii)
Negara
anda diserang oleh musuh secara tiba-tiba. Pada pendapat anda, apakah yang
wajar anda lakukan untuk menyelamatkan diri dalam situasi tersebut?
(3 markah)
LATIHAN 3
Soalan 2(c) – Petikan Prosa
Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah
ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Sebermula pada tiap-tiap
hari siang dan malam, orang berkawal di bawah mahligai
Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi itu. Empat orang menteri dan empat orang hulubalang
memegang senjata dan berbaju
rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. Setelah
didengar oleh hulubalang
suara orang tertawa di atas mahligai tuan puteri itu maka katanya,
“Apalah bicara tuan hamba
sekalian?” Maka kata seorang lagi, “ Pada bicara hamba baiklah kita persembahkan
ke bawah duli dahulu. Apalah juga titah Yang Dipertuan kita kerjakan.”
Setelah sudah ia mesyuarat
itu maka kata menteri keempat itu pun masuklah menghadap Raja Bahrum Dewa. Maka
katanya kepada biduanda itu, “ Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang
Diertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri
itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu,
hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli
Yang Dipertuan.”
Setelah demikian kata
menteri itu maka biduanda pun pergilah menghadap Raja
Bahrum Dewa itu serta
dipersembahkanlah perkataan segala menteri yang berkawal di bawah mahligai itu.
Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa
pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti
bunga raya yang baharu kembang rupanya. Serta baginda bertitah kepada empat
puluh hulubalang dan rakyat sekalian, “Pergilah kamu lihat anak celaka itu
memberi malu kita”.
Dipetik daripada „Hikayat Langlang
Buana”
Antologi Dirgahayu Bahasa
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud rangkai kata disegerakan pekerjaan [ 2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas,
nyatakan tiga tindakan menteri dan hulubalang setelah
mereka mendengar suara laki-laki
tertawa di atas mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi.
[ 3 markah]
(iii) Sekiranya anda Raja Bahrum
Dewa, apakah tindakan yang anda lakukan terhadap
lelaki yang menceroboh ke Mahligai
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?
[ 3 markah]
LATIHAN 4
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah
ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Tiada berapa lamanya, maka
sampailah ke Siak, dan lalu pergi ke Bukit Batu. Dan baginda tiada memeliharakan
dirinya, lalu baginda membeli terubuk dan telurnya, lalu dibawa mudik ke Siak,
berjual beli, pulang pergi. Pada suatu hari, dapat salah kepada Bandar Bukit
Batu. Maka dihukum oleh Bandar dua puluh rial. Maka baginda timbang. Maka
baginda pun berdendam dan “ Belum aku hirup darahnya Bandar Bukit Batu ini,
belum puas hatiku ini.” Dan baginda pun pergilah melayarkan perahu orang,
menjadi Nahkoda Penangguk ke Melaka. Dan baginda pun bersumpah , sampailah
kepada anak cucunya, jangan menjadi Nakhoda Penangguk.
Dan baginda pun pergi ke
Mengkalis, mendapatkankan anak Minangkabau, kerana waktu itu anak Minangkabau
banyak yang kaya-raya, menaruh perahu besar-besar, lalu mendapatkan penghulunya.
Dan cap itulah diberikan kepada penghulu itu. Melihat cap dari Pagaruyung itu,
titah Yang Dipertuan Sakti itu,yang turun ke lahut, tersebut seperti sumpah
setianya itu, maka terkejutlah ia, serta takut akan baginda itu. Maka di
kampungkan anak Minangkabau yang di dalam Mengkalis itu. Semuanya datang menghadap baginda,serta
mengatakan ,”Daulat Yang Dipertuan yang patiksemua. Dan apa-apa juga titah
tuanku, patik sekalian kerjakan, selagi ada nyawa di dalam badan patik sekalian
, tuanku.”
(Antologi Dirgahayu Bahasaku, halaman 51)
(i)
Apakah maksud datang menghadap? ( 2 markah )
(ii)
Apakah tindakan yang
dilakukan oleh Raja Kecil ketika baginda berada di Bukit Batu? Nyatakan tiga perlakuan tersebut. ( 3 markah
)
(iii)
Pada pendapat anda,
mengapakah golongan pemerintah begitu disanjung tinggi oleh rakyat pada zaman
dahulu? Berikan tiga sebab. ( 3
markah )
LATIHAN 1
Baca sajak di bawah ini
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
|
KECEK
– (v)
1
seorang
pengarah
membuka
akaun semasanya
di
sebuah bank ternama
tetapi
dalam diam
dia
mencantum kemiskinan
orang
lain
ke
dalam amanahnya
yang
telah lama pecah.
2
di
kampung
seorang
petani
membuka
akaun kemiskinannya
di
ruang kedaifan
dan
mengunci sedozen anak-anaknya
di
dalam pagar sengsara
tetapi
dia tidak pernah mencantum
kekayaan
orang lain
ke
dalam getirnya
yang
sudah lama
berumbi.
3
di
pantai
seorang
nelayan
membuka
akaun sengsaranyadi rahang laut ternganga
dan
mengurung sederet anak-anaknya
di
bawah pusaran nasib
tapi
dia tidak pernah mengumpul
kesenangan
orang lainke dalam kegusarannya
yang
telah sekian musim berlumut
di
papan hidupnya.
4
Tuhan
tidak pernah mungkir
mencatatkan
setiap angka
dan
nilai hitungan paling kecil
ke
dalam akaun-Nya
di
rumah keadilan.
AWANG
ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan
Bahasa dan Pustaka
|
(i)
Berikan
persamaan yang terdapat antara golongan petani dan golongan nelayan yang terdapat dalam sajak di atas.
( 2 markah)
(ii)
Pada
pendapat anda, mengapakan penyajak membandingkan ketiga-tiga golongan dalam
sajak di atas ( 3 markah )
(iii)
Berikan
pengajaran yang terdapat dalam sajak
ini. ( 4 markah )
LATIHAN 2
Baca sajak di bawah ini
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
|
DI BAWAH LANGIT YANG SAMA
Di
bawah langit yang sama
Kita
hirupi udara
Tanpa
mengira Beirutmu
Ataupun
Kuala Lumpurku
Kita
menghirup udara
Di
bawah langit yang sama.
Aku
suka gerimis di Kota London
Pemah
terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon
hijau atau aneka warna .
tiada
bezanya.
Siapa
pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana
di bawah langit ini
Kita
sama
Aku
ingin menyeberangi Laut China Selatan
Layari
Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi
siang miliki malam
Anyam
cinta pelangikan zaman
Tiupkan
harapan senada
Sesama
kita - warga dunia
Di
bawah langitnya
Yang
sama
Peta-peta
itu yang memisahkan
Jangan
tutup pos sempadan
Visa
hanya keperluan rasmi seketika
Pasport
dokumen pengenalan titik mula
Kita
dakapi mimpi tak berbeza
gapai
hasrat
Lebur
kebencian kuburkan sejarah hitam
Dibawah
langit ini yang
Sama.
Lim
Swee Tin
Antologi
Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka
(i).
Berikan maksud rangkap ketiga sajak di
atas. [2 markah]
|
(ii).
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang timbul jika masyarakat tidak
bersatu
padu? [3 markah]
(iii).
Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
LATIHAN 3
Baca sajak di bawah ini
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
|
DIRGAHAYU BAHASAKU
Tempatmu
di singgahsana
hati
nurani bangsaku
warga
yang berbudi
setia
dan amanah
Bahasa
itu maruah bangsa
yang
mesti dipelihara martabatnya
agar
tetap kukuh dan ampuh
melayari
lautan bijaksana
salam
ikatan mesra dan teguh.
Cekal
dan waja semangat pejuangku
hak
bangsaku memilikimu
hak
bangsaku mendaulatkanmu
di
bumi bertuah ini
merentas
dunia tak bertepi.
Sejarah
bangsa mencatatkan kegemilangan
ke
barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah
pelautku membelah lautan
ke
utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari
pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu
bahasaku
di
arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk
kalbu lagu bahasamu
bahasamu
bahasa minda
mudah
akrab dan bertatasusila
daripada
bangsa yang bernama Melayu
menempa
kejayaan di alaf baru.
Ahmad
Sarju
Antologi
Dirgahayu Bahasaku
Dewan
Bahasa dan Pustaka
(i)
Nyatakan
harapan penyajak dalam rangkap kedua sajak ini. ( 2 markah )
|
(ii)
Pada
pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di
negara ini. Kemukakan tiga cadangan. ( 3 markah )
(iii)
Jelaskan
dua unsur keindahan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini.
( 4 markah )
LATIHAN 4
Baca sajak di bawah ini
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
|
BANGKITLAH
Anak-anak
yang sedang lena
bangkitlah
matahari
sudah tinggi
di
puncak gunung.
Lihat
jernihnya pagi ini
burung-burung
berterbangan di udara
dan
pepohon hijau merendang daunnya
apa
kau masih belum bangkit?
Bangkitlah
jangan
sesal nanti
madu bumi
yang kekeringan
isi
laut kekosongan
dan
perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak
esok
apa akan kau makan?
tanah
atau batu atau debu?
kau
mahu terus nangis
tanpa
air mata?
Kalau
tidak
bangkitlah
matahari
belum lagi rembang
dan
burung-burung belum menjamah awam!
REJAB
F. I
|
(i)
Berdasarkan
rangkap keempat sajak di atas apakah kebimbingan penyajak terhadap anak-anak
muda?
( 2 markah )
(ii)
Sebagai
seorang pelajar, wajarkah anda mengamalkan sikap malas dan gemar melenga
h-lengahkan masa ketika mengulang kaji pelajaran. Nyatakan tiga pandangan
anda.
( 3 markah )
(iii)
Huraikan
dua persoalan yang diperoleh daripada sajak ini. ( 4 markah )
LATIHAN 5
Baca sajak di bawah ini
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
|
PASAR
PERASAAN
Ini
pasar perasaan
yang gerainya duduk penjual sentimental
yang
sering dikunjungi pembeli emosional
Ini
pasar perasaan
mereka
memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
yang
terbit daripada akal
Mereka
memperdagangkan hujah
yang rapuk dan lapuk
bagai
kayu buruk;
yang
mudah dipatahkan
bagai
ranting kering
Ini
pasar perasaan
di
dalamnya mengalir sungai manusia
yang
menghilirkan suara kosong.
Ini
pasar perasaan
yang
memperdagangkan akal cetek
dan
tawar-menawar yang dangkal.
Kumasuki
pasar ini
kususuri
sungai sibuk ini
di
tengah-tengah penjual dan pembeli
yang
kaya dengan perasaan
tapi
miskin dengan kebijaksanaan.
Ini
pasar tidak berakal
yang
diriuhkan kekosongan
T.
ALIAS TAIB
|
(i)
Berikan
maksud pembeli emosional. ( 2 markah
)
(ii)
Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri pasar yang baik? Nyatakan 3 ciri.
( 3 markah )
(iii)
Bincangkan
dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak di atas .
(
4 markah )
LATIHAN 6
Baca sajak di bawah ini
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
|
ARKITEK KOTA
Hanya
seniman peka
yang
faham akan jiwa laut,
kenal
lambing gelombangnya,
alur
sungai serta diam batu,
perasaan
musim,
fill
langit dan sbar bumi
berhak
membina kota.
Kerana
arkitek matang itu anak di taman
perenung
di perpustakaan,
orang
muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah
barang pasar di subuh hari,
pengadil
di bangku bijaksana,
dan
datuk bandar yang bangga.
Di
harus sayangkan lagu burung,
pemancing
di teduh pohon,
pemerhati
tasik,
pengawas
bintang,
dan
bunga menjalar di beranda.
Pencipta
kota ialah
pendekar
muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar
tua yang mengampungkan cerita
yang
bercinta yang perlukan bulan.
Dia
pengukir ruang hidup,
penghias
suasana sempurna,
membenarkan
penemuan,
memungkinkan
kemungkinan.
Dari
seberang diri.
Muhammad Haji Salleh
|
(i)
Pada
pendapat penyajak, siapakah yang sepatutnya menjadi pencipta kota?
( 2 markah )
(ii)
Pada
pendapat anda, apakah kepentingan menjaga alam sekitar? Kemukakan tiga pendapat
anda. ( 3 markah )
(iii)
Jelaskan
dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. ( 4 markah )
TATABAHASA
LATIHAN
1
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan
perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas
. i. rumah
ibu - ibu rumah
ii. pokok pangkal - pangkal pokok
iii. orang-orang tua - orang tua-tua
(6 markah)
(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat
yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut: Subjek :
_________________________________________________
Predikat
: _________________________________________________
i)
Hari
Kebangsaan disambut meriah oleh warga Malaysia pada setiap tahun.
ii)
Kemenangan
pasukan Jerman dalam perlawanan Piala Dunia sudah dijangkakan oleh semua.
iii)
Semua
umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada hujung bulan ini.
iv)
Beruang
panda yang dibawa masuk dari China itu sangat comel dan manja.
v)
Mencapai
kemenangan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dengan mudah, pasukan bahas
yang berasal dari Seremban itu.
( 6 markah )
( c ) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.
i.
Hidangan
hari itu iaitu mee kari dan ayam yang digoreng kekuning-kuningan beserta sos
istimewa sebagai pencicah membangkitkan seleranya.
ii.
Penggunaan
internet memang mempercepat urusan namun tidak sesuai untuk semua keadaan
kerana terdapat juga keburukkannya.
iii.
Majlis
itu dikritik habis-habisan kerana perlaksanaannya tidak mengikut aturcara dan tempoh masa yang ditetapkan. [6
markah]
(d) Dalam setiap ayat di
bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i.
Kata-kata aluan buku program itu amat tepat sekali dengan objektif
program kerana penulisnya tidak sembarangan orang.
ii. Para pekerja kontrak itu menetak
dahan-dahan pokok hiasan di sepanjang jalan raya utama itu hingga tidak
mengganggu kelancaran lalu lintas.
iii. Rakyat-rakyat negeri itu begitu teruja
untuk menyambut keberangkatan tiba baginda sultan yang baru dilantik ke daerah
mereka. [6 markah]
(e) Lengkapkan peribahasa yang berikut
dengan tepat. Setiap perkataan yang digunakan mestilah sama dengan peribahasa
Melayu lama.
i. Untung sabut timbul,
..........................................................................................
ii. Masuk kandang kambing mengembek,
..............................................................
iii.
Belum duduk, ................................................................................................
iv.
Sekali air bah,
....................................................................................................
v..
..............................................................................................,
pagar makan padi.
vi
.
............................................................................................,
besarlah keraknya.
[6 markah]
LATIHAN
2- Pengetahuan dan kemahiran Bahasa
(30 markah)
Jawab semua
soalan
a)
Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau
nama khas.
(i)
gerangan
(ii)
berangan
(iii)
barangan
(iv)
larangan
(v)
bayangan
(vi)
kayangan
[6
markah]
(b)
Ayat-ayat majmuk di bawah ini terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Anda
dikehendaki memisahkan ayat-ayat tersebut kepada ayat-ayat tunggal dengan
menggunakan ayat yang gramatis.
(i)
Pak Mail dan Mak Kiah akan menghadiri majlis perkahwinan cucu mereka pada bulan
hadapan.
(ii)
Dia ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti tetapi masalah
kewangan menghantui
pemikirannya.
(iii)
Elden Joumin masuk ke dewan itu lalu duduk di barisan hadapan.
[6 markah]
c)
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pihak
polis akan mengada kempen pencegahan jenayah untuk menggalakkan
masyarakat
bekerja sama memerangi kegiatan jenayah.
(ii) Para
pelajar digalakkan menyertai kegiatan ko-kurikulum supaya dapat mengerat
hubungan
antara kaum.
(iii)Kanak-kanak
itu perlu menjalankan rawatan menggunakan anti-biotik untuk
mengelakkan
penyakitnya berlarutan.
[6 markah]
(d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah
dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i)
Pemantauan dari masa ke semasa perlu dilakukan bagi membongkar masalah
pendatang
tanpa izin ke negara ini.
(ii) Nama
julukan sasterawan yang terkenal itu adalah Tongkat Warrant.
(iii) Para
petani-petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman padi secara
estet
mini.
[6 markah]
3(e) Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat- ayat tersebut.
(i)
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Erica, tetapi
dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii)
Juselin menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia
tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti
remaja
lain.
(iii)
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita
berbelanja
berlebih-lebihan.
( 6 markah
)
LATIHAN
3- Pengetahuan dan kemahiran Bahasa
(30 markah)
Jawab semua
soalan.
(a) Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) kehampaan
(ii)
kesukaran
(iii)
kelalaian
(iv)
kebejatan
(v)
kemaslahatan
(vi)
kepincangan
[6 markah]
(b)
Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat
silaan atau ayat
permintaan.
(i) Tolong
tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.
(ii) Jangan
tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
(iii)
“Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak
kepada
jirannya.
(iv) “Sila
penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.
(v) Pengguna
jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.
(vi) Usah
dikenang peristiwa yang sedih itu.
[6
markah]
(c) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan
untuk
mengubati penyakitnya.
(ii) Stesen televisyen swasta itu telah
menyiarkan filem-filem lagenda Seniman
Agung Tan
Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.
(iii)
Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa
sekarang.
[6 markah]
(d) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i)
Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek
batik
kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
(ii) Habis
pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan
oleh kami
setahun yang lalu.
(iii) Ayah
memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu
merah
kerana terlewat menghadiri temu janji.
[6
markah]
(e) Baca
ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai
dengan
ayat tersebut.
(i)
Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai
apabila
anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.
(ii)
Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca
kemurungan
dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang
dirawatnya.
(iii)
Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan
syarikatnya
akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui
bahawa
perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.
[6 markah]
No comments:
Post a Comment